Tuesday, February 22, 2011

Definisi Tindak Balas Redoks

Tindak balas redoks dapat diberi takrif daripada empat segi iaitu
  1. Penambahan atau kehilangan oksigen
  2. Penambahan atau kehilangan hidrogen
  3. Peningkatan atau penurunan nombor pengoksidaan
  4. Penambahan atau kehilangan elektron

Proses pengoksidaan dan penurunan dapat ditakrifkan menggunakan kesemua di atas.

Kaedah mudah bagi mengingati kesemua takrif ini akan dimuat naik kelak

Thursday, February 17, 2011

Alkana

  1. Alkana ialah suatu siri homolog hidrokarbon yang hanya mempunya ikatan kovalen tunggal antara atom-atom karbon.
  2. Formula umum untuk kumpulan ini ialah CnH2n+2 di mana n=1, 2,3....
  3. Semua ahli alkana mempunyai nama yang diakhiri dengan -ana.
  4. Sifat fizik
  • tidak larut di dalam air tetapi larut dalam pelarut organik seperti tetraklorometana
  • tidak boleh mengalirkan arus elektrik
  • mempunyai takat didih yang rendah.
5. Sifat kimia
  • tindak balas dengan oksigen menghasilkan gas karbon dioksida dan air
  • tindak balas penukargantian, UV sebagai mangkin

Pemindahan Elektron Pada Suatu Jarak



Contoh eksperimen yang boleh dijalankan bagi subtajuk ini.
  1. Reagen telah dilabelkan menggunakan simbol pada gambar.
  2. Arah pergerakan elektron dapat ditentukan dengan melihat pesongan jarum galvanometer.
  3. Pergerakan elektron adalah daripada agen penurunan kepada agen pengoksidaan.

Ujian Terhadap Halogen




Ujian terhadap klorin, bromin dan iodin (dari kiri) menggunakan 1,1,1-trikloroetana