Wednesday, April 20, 2011

Kekonduksian elektrik sebatian lebur




Eksperimen: Kekonduksian elektrik sebatian plumbum (II) bromida pepejal dan lebur




Pemerhatian: Semasa sebatian ini dalam keadaan pepejal, mentol tidak menyala. Apabila sebatian ini melebur, mentol menyala dengan terang.


Inferens:


  1. Mentol tidak menyala ketika plumbum (II) bromida dalam keadaan pepejal kerana ion-ion tidak bebas bergerak dan terikat pada struktur kekisi


  2. Mentol menyala ketika plumbum (II) bromida dalam keadaan leburan kerana ion-ion plumbum dan bromida bebas bergerak.