Sunday, September 18, 2011

Selamat Berjaya...SPM Trial

Salam anakanda murid semua,

Selamat berjaya menduduki kertas kimia percubaan SPM esok. Jawab dengan tenang, jangan terburu-buru. Lengkapkan alat tulis (pen, pensil, pemadam, kalkulator, pembaris panjang).

InsyaAllah, segala usaha keras kita akan diberkatiNya.

Amin.

Sunday, September 11, 2011

2011?

Sumber: JPN Perak

Sabun dan Detergent

Daripada pelbagai sumber. Boleh dijadikan sumber rujukan (sedikit kompleks daripada sukatan di Malaysia)
Sabun dan detergen.

Lat Silangkata: Organik

Sebatian Karbon (organik)

Lat Silangkata: Logam

Logam dan Bijihnya

Lat Silangkata: Siri Homolog

Sebatian Karbon

Lat Silangkata: Proses Haber

Proses Haber

Lat Silangkata: Asid, Alkali dan Garam

Asid, bes dan garam

Lat Silangkata: Kadar Tindak Balas

p/s: diambil daripada pelbagai sumber. Kadar Tindak Balas

Monday, August 22, 2011

Ujian Pengesahan Ion Ferum (II) dan ion Ferum (III)


1. Ujian pengesahan ini dijalankan menggunakan reagen berikut iaitu
a. Larutan kalium tiosianat, KSCN
b. Larutan kalium heksasianoferrat (II), K4Fe(CN)6
c. Larutan kalium heksasianoferrat (III), K3Fe(CN)6
2. Pemerhatian ujian pengesahan ion ferum (II) dan ion ferum (III)




Saturday, July 23, 2011

Lat: Garam Terlarutkan dan Garam Tak Terlarutkan 1

Sila muat turun, cetak, tampal dalam buku latihan dan siapkan. Saya akan semak pada kelas hari rabu 27 Jul 2011.

Harap maklum

Kuiz Kimia Kebangsaan K3M

Terima kasih atas semua kerjasama pelajar semasa kuiz ini dijalankan. Saya telah mengirim kembali 31 skrip anda melalui pos laju. Diharap tak lama lagi keputusan pencapaian anda akan dikirim semula oleh jawatankuasa K3M.

Sijil penyertaan anda sedang diuruskan.

Harap maklum.

Sunday, June 19, 2011

Nota: Asid, Bes dan Alkali

Cuba baca dan fahami. Sebarang pertanyaan, komen atau cadangan bolehlah tuliskan pada ruangan komen di bawah.

Friday, June 17, 2011

Lat: Tindak Balas Asid

Latihan ini sebagai asas dalam bab Asid dan Bes. Selamat mencuba.
P/S: Practice make perfect. ;-)

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru.

Untuk semua guru, semoga hari ini disambut dengan gembira dan kita berfikir sejenak semula atas sebab apa kita menjadi guru. Di sebalik hiruk pikuk kerja guru yang bukan sekadar mengajar di kelas, kadang-kadang kita terlupa sebab utama kita menjadi cikgu.
Saya menjadi cikgu kerana saya diajar oleh guru-guru yang berkaliber dan menjadi sumber inspirasi.

Dalam lembut dan sabarnya seorang guru, mengajar saya hingga berjaya.
Terima kasih cikgu.

Wednesday, April 20, 2011

Kekonduksian elektrik sebatian lebur




Eksperimen: Kekonduksian elektrik sebatian plumbum (II) bromida pepejal dan lebur




Pemerhatian: Semasa sebatian ini dalam keadaan pepejal, mentol tidak menyala. Apabila sebatian ini melebur, mentol menyala dengan terang.


Inferens:


  1. Mentol tidak menyala ketika plumbum (II) bromida dalam keadaan pepejal kerana ion-ion tidak bebas bergerak dan terikat pada struktur kekisi


  2. Mentol menyala ketika plumbum (II) bromida dalam keadaan leburan kerana ion-ion plumbum dan bromida bebas bergerak.

Tuesday, March 22, 2011

Keputusan SPM 2010

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.

Hari ini keputusan SPM diumumkan. Debaran dah dirasakan oleh guru-guru sejak beberapa hari lalu. Angka bukan sebarang angka, kualiti dan kuantiti menjadi taruhan setiap tahun. Bukan nama dan pujian jauh sekali pangkat dan imbuhan yang dikejar guru-guru. Cukuplah ilmu yang diberi sebagai bekalan anak murid si masa depan.

Tahniah semua calon SPM 2010 dan teruskan usaha anda di MENARA GADING :-)

Saturday, March 19, 2011

Contoh laporan 3

Contoh laporan
Bab: Kadar tindak balas
Tajuk: Kesan suhu terhadap kadar tindak balas

Contoh Laporan 2

Contoh laporan
Bab: Asid dan Bes
Tajuk: Penentuan takat akhir penitratan asid dan alkali

Thursday, March 17, 2011

Contoh laporan 1

Contoh laporan PEKA bagi
Bab: Kadar Tindak Balas
Tajuk: Mengkaji kesan kepekatan terhadap kadar tindak balas

http://www.mediafire.com/?q2ixuzsa24u84ii

Tuesday, February 22, 2011

Definisi Tindak Balas Redoks

Tindak balas redoks dapat diberi takrif daripada empat segi iaitu
  1. Penambahan atau kehilangan oksigen
  2. Penambahan atau kehilangan hidrogen
  3. Peningkatan atau penurunan nombor pengoksidaan
  4. Penambahan atau kehilangan elektron

Proses pengoksidaan dan penurunan dapat ditakrifkan menggunakan kesemua di atas.

Kaedah mudah bagi mengingati kesemua takrif ini akan dimuat naik kelak

Thursday, February 17, 2011

Alkana

  1. Alkana ialah suatu siri homolog hidrokarbon yang hanya mempunya ikatan kovalen tunggal antara atom-atom karbon.
  2. Formula umum untuk kumpulan ini ialah CnH2n+2 di mana n=1, 2,3....
  3. Semua ahli alkana mempunyai nama yang diakhiri dengan -ana.
  4. Sifat fizik
  • tidak larut di dalam air tetapi larut dalam pelarut organik seperti tetraklorometana
  • tidak boleh mengalirkan arus elektrik
  • mempunyai takat didih yang rendah.
5. Sifat kimia
  • tindak balas dengan oksigen menghasilkan gas karbon dioksida dan air
  • tindak balas penukargantian, UV sebagai mangkin

Pemindahan Elektron Pada Suatu Jarak



Contoh eksperimen yang boleh dijalankan bagi subtajuk ini.
  1. Reagen telah dilabelkan menggunakan simbol pada gambar.
  2. Arah pergerakan elektron dapat ditentukan dengan melihat pesongan jarum galvanometer.
  3. Pergerakan elektron adalah daripada agen penurunan kepada agen pengoksidaan.

Ujian Terhadap Halogen




Ujian terhadap klorin, bromin dan iodin (dari kiri) menggunakan 1,1,1-trikloroetana